Thursday, 21 June 2012

ILY korang :')

Hye readers :') Comel kan 3 orang adik beradik tu. Kite sayang mereka tau <3 Rindu masa kecik-2 dulu. Rindu abang hakim, rindu akak aqish and speacialy miss u naqib :') Akak aqish...naqib..bile lagi kita nak jumpa? haritu last kita jumpa kat kampung. Rindu sangat-2 time tu. Naqib..kita rindu awak lah..nape awak lain berbanding sekarang? kita rindu awak yang dulu. Akak aqish...kita rinduuuuuuuuuuu akak lah :'( rase macam nak nangis je. Ya'Allah~ Tuhan saja lah yang tahu perasaan kita. And akhir sekali kita sayang sangat-2 akak aqish and naqib. Miss u all <3 Ilysm and i miss u. Muahaha ;D Opps terlebih sudah ;3 k lah bubye. Sayang korang sampai bila-2 ^^V

Friday, 23 December 2011

L to the O to the V to the E !

Peace be upon to you.
Maaf jika saya membahasakan diri saya dengan pelbagai kata panggilan.*eh betul ke? haha
Saya mohon maaf jika entry ini menyinggung perasaan pelbagai pihak.Mohon maaf sekali lagi.
Saya hanya ingin berkongsi pengalaman.Cewahh ==' tampar kang.
'hye awak berdua.Sweet nya.umur baru setahun jagung' -.-

Sejak kebalakangan nih,banyak aku tengok budak umur baya aku around 13 and 14  yang sibuk pasal C-I-N-T-A ni and ada yang dah couple banyak kali,kecewa banyak kali pun tak serik-serik bercinta.Actually aku bukannya tunjuk baik and macam anti-couple,tapi sebenarnya aku kadang-kadang kesian tengok yang kene dikecewakan semua.So,duduk nya aku di hadapan laptop di sini adalah untuk berkongsi cerita dan pendapat =) .Dua tiga hari kebalakangan nih,aku ada nampak seorang rakan di Facebook,bukan sahaja seorang malah ramai lagi yang meng-update status-status seperti ada yang dikecewakan oleh pasangan mereka dan ada juga yang sakan bercinta.Memang nampak happy,sweet,romantic and nampak bahagia sangat dengan pasangan masing-masing.Aku pun pernah la jugak rasa semua ni,but bila ingat balik rase macam bodoh gilaa kay.haha but terima kasih kepada dia jugaklaa sebab bagi pengalaman *tuihh.haha and untuk sekadar tahu je.

Bila kita tengah couple degan pasangan kita mestilah kita akan rasa 'oh,indahnya' dan kebanyakannya berharap untuk bersama dengan pasangan mereka sampai bila-bila.Contoh ayat-ayat ---->

'Sayang,i will love you forever and ever'
'Sayang,saya sayang awak sampai bila-bila and tak nak kehilangan awak'

Dan.Banyak lagi.Tak hengat. -.- haha

Soo,di sini saya ingin mengatakan,of course lah kita akan percaya 100% dan berharap dekat dia.Kita pun sangguplah buat apa saja demi dia.Selalunya yang bermasalah ni adalah perempuan,yang mana saya berani mengatakan 70% daripada 100% mudah cair dengan kata-kata pasangan dia orang dan sanggup sayang dia 100% malah,sanggup mengabaikan pelajaran semuaa.Maaf jika saya berkata sedemikian,tapi sesetengahnya macam tu lah.Tidak kurang juga dengan lelaki,mungkin sama lah juga dengan perempuan tuh,tetapi kebanyakannya perempuan lah,saya juga mengaku diri saya juga sebegitu,tapi pengalaman telah mengajar saya dan saya rasa bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya petunjuk serta keluarga saya yang banyak menyedarkan saya mengenai perkara ini.

Kecewa.Datangnya dari diri kita sendiri.Kita masih muda dan panjang lagi perjalanan kita serta banyak lagi impian yang kita ingin kecapi.Janganlah sia-sia kan masa muda dan zaman persekolahan ini,kerana masa inilah sangat berharga.Apabila kita dapat tahu yang pasangan kita curang or tipu diri kita or whatever,mestilah kita kecewa kan?Isnt it?Ada yang sampai kurung diri dalam bilik,seksa diri,tak dengar nasihat keluarga dan macam-macam lagi sampai mengabaikan diri sendiri, paling teruk tak nak belajar.Kalau kecewa mestilah menangis kan?Apa-apa yang kita buat mesti teringat kat dia,lepas tu menangis,kurung diri dalam bilik dan macam-macam lagi lah.Salah siapa sebenarnya..?Salah diri kita yang terlalu sayangkan dia 100%,percayakan 100%.Then,bila dah kecewa,faham-faham je lah.haha.Salah kita sebenarnya..percayalah,cinta monyet *seperti umur saya ni* tak kan bertahan lama kecuali dengan izin-Nya.Insya'allah =).Tidak salah kalau kita nak sayang seseorang,tapi berpada-pada lah,cause we dont know what the future takes.

Aku dah tengok banyak kawan yang dikecewakan oleh pasangan dia orang,tapi masih nak bercouple,sampai ada yang nak bercouple dengan orang yang baru mereka kenal dan tak tahu hati budinya macam mana,tapi tak tahulah kalau Allah dah tentukan kan.haha.Aku pun tak tahu lah apa dia orang fikir,agaknya ada je mamat hensem/perempuan cun ke,cair terus or yang tak seberapa tapi ayat power,sweet talker *kebanyakannya lelaki* kahkahkah XD .haha okay gurau. --,' pun boleh cair.Ada yang dah tahu perangai budak tu pun still nak,aigoo~ --' yaaa sudahhlaaahh XD.Jangan saja tempah malang.Hmm,tak payah lah eay.Masa couple,sure lah bagi ayat-ayat segala.Contoh ---> emm
'Saya nak kita sampai bila-bila' 
Paling tak boleh laa skali --->
'Awak,saya nak sehidup semati dengan awak,takda perempuan/lelaki lain dalam hidup saya'
OMG.like.EUWW -.- aku paling menyampah orang bagi ayat macam tuh.
'Awak,saya Janji tak kan tinggalkan awak.........blablabla

Nampak perkataan 'janji' ?Mestilah nampak,saya tahu awak semua masih mempunyai penglihatan yang baik.Kan kita muda lagi ^_^ .haha.Haishh,janganlah pegang sangat dengan perkataan janji tuh,nanti diri sendiri yang kecewa.

#jangan main-main dengan perkataan janji. =)

Disebabkan saya sudah terlalu banyak membebel di sini,anda semua pun dah menyampah dengan saya kan?Saya tau dan saya terharu.Kahkah xD.Saya cuma nak cakap,buatlah apa yang penting dulu,capailah benda yang menjaminkan kita berjaya di dunia dan di akhirat dulu,kemudian barulah nak bercinta tu semua.Tak rugi single =) tak semestinya takda gf/bf kita tak hebat.Kalau kita dapat tahu kawan kita dengan orang yang salah tuh,seeloknya,nasihatilah mereka dengan cara yang baik,kalau mereka memarahi kita dan mengatakan kita ni berlagak baik,alim semua.Biarkan,diam je.Tahu lah nanti mereka.kahkahkah XD kejam.Kalau nak couple jugak,yang penting,jangan lah abaikan pelajaran.Seimbangkan =) .Tapi seeloknya,tidak digalakkan sangat.haha.Maafkan saya jika ada yang tidak suka dengan segala pendapat saya ni.Saya mintak maaf sekali lagi.

SUKA SESEORANG TAK APA.
SAYA FAHAM.
TAPI TAK PERLU ADA PERASAAN ISTIMEWA =)

Saya pun dulu pernah kene,tapi saya dah serik.haha -.-
Sekali cukuplah.haha
Theres more mission to be accomplish.kahkahkah =3.
Okaylah bye =)
Eat sweets and be cool (Y)


Imma Panda lover . =3 kahkahkah